Thursday, 5 May 2011

Sejarah Jabatan Kejururawatan~~

        Jabatan Kejururawatan ditubuhkan pada bulan Ogos 1996 bertujuan khas untuk menyediakan jururawat peringkat Diploma bagi memberi keperluan segera HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Pada waktu itu, jabatan diterajui oleh Dr Nik Safiah Nik Ismail dan dibantu oleh 15 tenaga pengajar.
         Program ini pada asalnya adalah berpusat di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu di Kampus Cawangan Kuala Lumpur. Setahun kemudian, tanggal Julai 1997, Jabatan kejururawatan telah berpindah ke kampus Cheras dan berada di bawah naungan Fakulti Perubatan UKM sehingga ke hari ini. Kini Jabatan Kejururawatan mengendalikan tiga (3) kursus akademik : Diploma Kejururawatan (Julai,1996), Diploma Lanjutan Kebidanan (Jun,2000), Sarjana Muda Kejururawatan (Jun,2005).
         Jabatan Kejururawatan juga sedang menjalankan program Sarjana Kejururawatan yang telah membuat pengambilan pelajar buat kali pertamanya pada bulan Disember 2010. Manakala enrolmen pelajar pula berada di tahap 400 dengan pengambilan 180 pelajar setiap tahun untuk ketiga-tiga kursus tersebut. Seramai hampir 160 orang lepasan graduan dikeluarkan setiap tahun. Jumlah graduan kejururawatan kini adalah lebih kurang 1630 orang. Kesemua lepasan graduan Kejururawatan ini telah bekerja di hospital-hospital seluruh Malaysia dan telah menyumbang pengetahuan dan tenaga kerja dalam bidang kejururawatan.

No comments:

Post a Comment