Ilmu, Mutu Varsiti Kita
Dan Budi
Ilmu, mutu dan budi Lihat kampusku yang tenang
itulah harga diri Damainya alam ciptaan tuhan
hidup siswa-siswi Paduan ilmu dan keimanan
harapan ibu pertiwi Amal dan jerih digabungkan
Ilmu,mutu dan budi Lautan ilmu kita harumkan
itulah pelita hati Sumber ilmuan berkembangan
asas pembinaan peribadi
untuk menabur bakti Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Itulah pegangan hidup kami Dari mula untuk semua
sumber kekuatan rohani Bagai tanda perjuangan kita
mutiara peradaban asli
titian hidup abadi Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Ilmu, mutu dan budi Memimpin manusia semua
itulah pusaka sejati Kenal akan adat unggulnya
menuju cita-cita murni
Semoga tuhan memberkati Membina negara senantiasa
Maju ilmu dan bahagia
Penggubah
Zubir Ali Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Lirik Dari mula untuk semua
Haji Salleh Haji Yusof Bagai tanda perjuangan kita
Penggubah
Nazri Ahmad
Thursday, 5 May 2011
Sejarah Jabatan Kejururawatan~~
Jabatan Kejururawatan ditubuhkan pada bulan Ogos 1996 bertujuan khas untuk menyediakan jururawat peringkat Diploma bagi memberi keperluan segera HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Pada waktu itu, jabatan diterajui oleh Dr Nik Safiah Nik Ismail dan dibantu oleh 15 tenaga pengajar.
Program ini pada asalnya adalah berpusat di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu di Kampus Cawangan Kuala Lumpur. Setahun kemudian, tanggal Julai 1997, Jabatan kejururawatan telah berpindah ke kampus Cheras dan berada di bawah naungan Fakulti Perubatan UKM sehingga ke hari ini. Kini Jabatan Kejururawatan mengendalikan tiga (3) kursus akademik : Diploma Kejururawatan (Julai,1996), Diploma Lanjutan Kebidanan (Jun,2000), Sarjana Muda Kejururawatan (Jun,2005).
Jabatan Kejururawatan juga sedang menjalankan program Sarjana Kejururawatan yang telah membuat pengambilan pelajar buat kali pertamanya pada bulan Disember 2010. Manakala enrolmen pelajar pula berada di tahap 400 dengan pengambilan 180 pelajar setiap tahun untuk ketiga-tiga kursus tersebut. Seramai hampir 160 orang lepasan graduan dikeluarkan setiap tahun. Jumlah graduan kejururawatan kini adalah lebih kurang 1630 orang. Kesemua lepasan graduan Kejururawatan ini telah bekerja di hospital-hospital seluruh Malaysia dan telah menyumbang pengetahuan dan tenaga kerja dalam bidang kejururawatan.
MiSi kami_
untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dalam kejayaan jururawat professional di peringkat umum dan kepakaran berasakan ilmu terkini dan prinsip pembelajaran seumur hidup.
to produce quality education in the preparation of professional nurses at general and specialized levels based on the most current knowledge and lifelong learning approaches.
visi kami~~
untuk menjadi pusat perdana dalam pendidikan jururawat bagi memenuhi kehendak klien, komuniti, profesyen perubatan dan kejururawatan yang dinamik.
to become the premier centre for the education of nurses to meet the changing needs of clients, community, medical and nursing profession.
Subscribe to:
Comments (Atom)